Sunday, 29 April 2012

* Cinta Remaja *



Salam....aaaiiii...

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi Pakar Cinta, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi. Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.

Cinta ketika remaja hendaklah mengiku lunas agama dan cinta yang teragung ialah cinta kepada ALLAH. Semoga artikel ini bermanfaat. Insyallah..


^ Pakar cinta ^

Monday, 23 April 2012

* Jangan Mudah Mengalah *

Salam...aaaiii...

Esok aku ada kelas memandu kali yang kedua setelah gagal.. Huh, sedih giler..
Ingatkan aku lulus la masa JPJ hari tu.. Tak pe lahh..mungkin tak de rezeki..
Nak cakap aku main-main masa JPJ tu, tak kan lahh..mungkin aku gemuruh masa tu..
Bila dah gemuruh... macam-macam lah akan berlaku.... Sampaikan masa nak naik bukit,
Aku tak seimbangkan betul-betul..aku tertekan minyak lebih.. memang sakai la kan... =.=
Sampaikan kereta tu menurun..Time tu siyes memalukan.. Terpaksa aku turun dari kereta tu..
Nak nangis je masa tu.. nak buat macam mana..benda dah jadi..Hmmmm...
Nasib baik lahh aku lulus bahagian jalan raya..kalau x, kene bayar lagy banyak untuk test JPJ lagy..aduiiii..
Walaupon gagal dalam litar...tak pe lahh..aku akan wat betul-betul nanti..InsyaAllah... :)
Mula-mula, aku rasa macam putus asa & dah malas nak amek lesen kereta rasanye...
Tapi, ummi n abah bagi aku semangat untuk teruskan jugak... Aku akan wat yang terbaik..
InsyaALLAH :)

* Jangan Mudah Mengalah *
Gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya ~


^ Hari Terakhir Kami Bersama ^

Salam....aaaiii....

Semalam hari yang cukup gembira bagi aku sebab dapat keluar dengan kawan-kawan aku.. Lepas ni dah susah nak jumpa...Aku teringin nak jumpa kawan aku pon sebab dia nak sambung belaja kat Kuantan, Pahang dalam bidang Teknologi Maklumat..Walaupon hanya di KFC je..Janji aku dapat jumpa dengan diorang...Sampaikan malam-malam baru balik..Punya lah nak melepaskan rindu sebelum dia sambung belajar...Sedih plak mase 2..haihh~
Kepada Nuratiqah Tajuddin...Aku doakan kau berjaya & Jaga diri baik2 bila kat sana...:) Always miss U
22.4.12 Hari Terakhir Kita Bersama..Hehe..Lepas ni tak taw la bile lagy boleh jumpa dengan diorang..:)

        

Saturday, 21 April 2012

^ Manusia Sering Ragu ^








Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri.  Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Taala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan.

Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri.

(Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)







 Ertinya:  Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

                                


Pengertian Optimis

Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.

Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya.  Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Taala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri.  Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama:

1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri.

2-Yakin kepada Allah Taala

3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri.

Optimis sebagai pendorong

Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan.  Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istikamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi.

Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Taala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Taala.

Firman Allah Ta'ala:

(Surah At-Taubah Ayat 120)

Ertinya:  .....Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Optimis terhadap keampunan Allah..



Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Taala.  Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya.  Sedangkan rahmat Allah Taala pula sering terhalang oleh dosa hambanya.  Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadaya.

Orang yang memohon keampunan kepada Allah Taala hendaklah optimis bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa.  Allah Taala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya.

(Surah Az-Zumar Ayat 53)

Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani.

Allah Taala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:

Ertinya:  Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan.  Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa.  Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari.  Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.



Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Taala.  Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.

Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Taala ialah optimis bahawa Allah maha Pemberi rahmat dan Maha memperkenankan harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat  Allah amat baik dan tidak putus-putus.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof Ayat 87)

Ertinya:  " Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya:  Allah Taala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi.  Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.

( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

* Al-Azim.com *





Thursday, 19 April 2012

* Rahmat Ujian *

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

* Mizs Sha

Monday, 16 April 2012

* Sepupu yang Tercinta *

Salam.....aaaiiii...

Setelah bertahun-tahun dan berbulan-bulan aku tak berjumpa dengan dorang semua ni..Sesekali dapat jugak melepaskan rindu....cewahh..kemain lagi ayat aku ni..hehe.. :)
Bukan senang sekarang ni nak jumpa sepupu2 aku ....Dorang semua sibuk belaja dan semuanya berjauhan..Bila dapat berjumpa je, memang gila2 la..borak2,lepak2 & bercerita tentang hidup masing2,tentang pelajaran...Seronok sangat dapat berkumpul sama2..teringat masa kecik2 dulu, selalu je jumpe & selalu luangkan masa bersama2..selalu gadow2 sebabkan benda yang tahpapeee, macam novel....hehe..tapi, sekarang dah jarang jumpa..boleh dikatakan setahun sekali je kot..eheeheeh..btw,korang jangan lupa sedara ok ! aku still remember korang semua...<3


                                                 * My Beloved Cousin *

* Nurliana...Nurkhairunisha...Nurul Shahida..Nurnatasha Afiqah...Nurhidayah...
Siti Aishah...Siti Fairuz..Nurul huda...Mohd Firdaus...
Nurhikmah..Mohd radzwan...Nurul Afrina...Abdul Hakim..*